Bajet 2023 | Asas ekonomi kukuh perisai terbaik hadapi ekonomi global

2022-10-01 0

Situasi Malaysia hari ini berbeza jika dibandingkan dengan tahun 1998-1999, 2009, mahupun 2020 dan apa yang dialami sekarang bermula sebagai tekanan inflasi global menyebabkan ketidaktentuan di pasaran kewangan dunia.

Jelas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, impaknya termasuk pengurangan akses kepada dana dan kadar pembiayaan yang meningkat serta menjejaskan lagi ekonomi.

Katanya, Bajet 2023 mengutamakan agenda pembaharuan struktur bagi mengekalkan momentum pemulihan ekonomi pasca COVID-19, kesejahteraan rakyat dan memperkukuhkan daya tahan rakyat dan perniagaan.

Free Traffic Exchange